Monday 29 May 2017

Livescreening FINAL FA CUP 27 MAY 2017

Livescreening FINAL FA CUP 2017 di antara Arsenal vs Chelsea merupakan penutup tirai sesi livescreening MBAS pada musim ini. 
Kemenangan tidak berpihak kepada team Chelsea di mana keputusan penuh perlawanan Arsenal 2-1 Chelsea.
TAHNIAH Arsenal kerana memenangi PIALA FA CUP 2017!
Kekalahan bukanlah pematah semangat kami malah menjadi pembakar semangat kami semasa livescreening tersebut.

live dari MBAS CENTRAL

Menerima kunjungan dari ahli MBAS Pahang

kelibat ahli MBAS PERAK juga kelihatan semasa livescreening


meriah sesi livescreening dengan kehadiran gadis-gadis Chelsea

sambil tengok bola sambil lepak santai


MBAS IPOH juga mengadakan livescreening FINAL FA CUP

Dengan berakhirnya sesi livescreening FA CUP ini, maka musim 2016/17 menutup tirainya. Jumpa lagi di musim akan datang dan semoga lebih banyak kemenangan akan dicapai oleh skuad THE BLUES kita. TERIMA KASIH semua peyokong setia MBAS yang tak pernah jemu support kami.

p/s: Admin cukup terharu dengan kesungguhan team The Blues musim ini! Hope musim depan, Chelsea jadi JUARA UCL! Boleh tak? :-)

Thursday 25 May 2017

Livescreening MBAS sempena KEJUARAAN CHESEA di PREMIER LEAGUE 2016/17


Pada 21 Mei 2017 bersamaan hari Ahad,  telah menyaksikan kejuaraan CHELSEA selaku JUARA LIGA PREMIER 2016/17!
Kebanyakan MBAS di setiap negeri mengadakan livescreening (menonton bola beramai-ramai) bagi meraikan kejuaraan Chelsea sepanjang musim 2016/17.
Ada juga negeri yang menyambut awal dengan mengadakan sesi lepak santai dan makan-makan pada siang hari.


MBAS PAHANG mengadakan sesi santai bbq pada sebelah petang sebelum perlawanan pada malam harinya


Di sini admin kongsikan gambar-gambar kemeriahan livescreening mereka!

our home, our pride!

Sambil-sambil tengok bola, masa rest 15 minit tu, boleh juga usha aweks2 Chelsea.. Dengarya, gadis-gadis Chelsea ni comey2 semuanya? tapi ni untuk yang masih bujang jelah ye... :-) 

Chelsea ladies kami!

WELFIE time!

MBAS CENTRAL yg berpusat di Restoren Leeyas Corner, Bangsar, KL

Seronok kan tengok bola ramai-ramai? Bila gol boleh jerit dan sama-sama berchanting. Lain rasanya bila tengok bola secara bersendirian di rumah. 

Cabutan bertuah dan teka score juga ada disediakan di sesetengah sesi livescreening. Seronok dapat! Hadiah pun dapat! 

Penerima lucky draw semasa livescreening di MELAKA

MBAS Melaka siap dengan flare 

Nampak tak replika piala yang dilukis ? asal boleh kan? janji meriah!


Santai dari MBAS PERAK

Mbas Sabah tak kurang hebat. Siap dengan banner khas untuk premier league champion musim ini.

MBAS Sarawak tak lupa membawa bersama bendera kesayangan negeri Sarawak

Ahli MBAS juga penaung MBAS menonton perlawanan akhir ini di Stamford Bridge tau! 
Respect abg khair dan isteri! 

alhamdulillah.. nama CHELSEA diukir di piala Premier League 2016/17!


Kepada yang nak join kami lepak tengok bola, boleh request untuk join group facebook mbas negeri masing-masing.

Livescreening bukan sahaja dapat sharing keseronokan semasa menonton perlawanan bola sepak, malah dapat kenal antara sesama ahli secara lebih rapat.

p/s: bilalah agaknya wife mbas.Blogger boleh kasi lepak tengok bola kat luar ni? hurmmm......

Monday 22 May 2017

CHELSEA CHAMPIONS

Hai! Mari-mari sini nak bagitau CHELSEA CHAMPIONS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Ingat tarikh keramat ini! 21 MAY 2017 - CHELSEA menjuarai PREMIER LEAGUE 2016/17! Berada di puncak liga dengan 93 mata meninggalkan Spurs dengan 86 mata. 

Ke-3= MAN CITY (78 mata)
Ke-4= LIVERPOOL (76 mata)
Ke-5=Arsenal (75 mata)
ke-6=Man Utd (69 mata)

John Terry selaku kapten pasukan diberi penghormatan sebagai kali terakhir bermain bersama pasukan THE BLUES 

MERIAH! satu pasukan berdarah biru

masa untuk angkat piala!!!

yes! piala premier league milik CHELSEA!

TERIMA KASIH Antonio Conte!!

Syabas dan tahniah team CHELSEA FC dan seluruhnya. Semoga kejayaan demi kejayaan akan dapat dikecapi pada masa-masa akan datang dan skuad kita lebih cemerlang.

Tahniah juga pada korang para penyokong di MBAS yang setia mneyokong CHELSEA walau jatuh, kalah, rebah mahupun menang.

Tepuklah sikit untuk diri sendiri. ! 

p/s: MBAS.Blogger berhajat nak ke Wembley Stadium utk FINAL FA CUP pula! jom!

Monday 15 May 2017

^KEJOHANAN FUTSAL MBAS CUP EDISI KE-5, 2017^

Pada 29 April 2017 bersamaan hari Sabtu yang lepas, Kejohanan Futsal MBAS CUP telah diadakan dengan jayanya di Amanjaya Sports Arena, Sungai Petani, Kedah dengan tema "Its Time, Game On!!".  
MBAS CUP yang memasuki edisi ke -5 ini mendapat penyertaaan daripada kebanyakan MBAS negeri-negeri di Semenanjung. Sebanyak 16 pasukan telah mengesahkan penyertaan.

Kejohanan bermula pada jam 1.30 petang di mana undian dilakukan sebelum kick-off. 

Acara dimulakan dengan pendaftaran pasukan yang hadir dan cabutan bertuah. 

Sesi pendaftaran pasukan dan cabutan bertuah

Sesi agihan tshirt rasmi MBAS CUP 2017 juga diadakan pada masa yang sama. Tshirt rasmi kali ini berwarna hijau sesuai dengan warna kebanggaan negeri Kedah.

kaunter agihan tshirt

Agihan makanan untuk pasukan dan para penyokong juga diadakan sebelum kick-off bermula.
Pack makanan untuk penyokong dan pasukan

Kejohanan ini berlangsung dengan lancar di mana mendapat sambutan penuh daripada semua ahli-ahli MBAS seluruh negeri. Ada yang membawa keluarga dan anak-anak kecil untuk sama-sama merasakan kemeriahan kejohanan terulung ini. Maklumlah, kejohanan ini hanya setahun sekali. 

Sokongan daripada para Chelsea Ladies yang kami gelarkan sebagai Ladies In Blue juga sememangnya menambah ceria kejohanan ini.

MBAS Central 


MBAS Terengganu berjersey merah

Pasukan tuan rumah - MBAS Kedah yang menghantar 3 pasukan untuk MBAS CUP 2017

2 pasukan dari MBAS Kelantan 

MBAS Pahang yang dipimpin oleh saudara Alex

Meraikan saat-saat kemenangan MBAS Perak

MBAS Melaka segak bergaya

Alhamdulillah, kejohanan berakhir sekitar jam 6 petang. 

Tahniah kepada pasukan MBAS PERAK B yang menjadi JUARA MBAS CUP 2017, diikuti MBAS PAHANG B sebagai naib juara dan MBAS KELANTAN B yang merebut tempat ketiga. MBAS MELAKA B pula ternyata memberi saingan cukup hebat degan merangkul tempat keempat sementara Amierul dari MBAS MELAKA menerima anugerah PEMAIN TERBAIK MBAS CUP 2017.

TEMPAT KETIGA: MBAS KELANTAN B

JUARA MBAS CUP 2017 = MBAS PERAK B

NAIB JUARA=MBAS PAHANG B

Mukhlis dari MBAS PERAK B selaku goalkeeper terbaik

Penghargaan untuk para penyokong juga sempat diselitkan semasa penyampaian hadiah di mana 11 orang warga MBAS menerima cabutan bertuah iaitu 5 orang dari ahli MBAS lelaki dan 6 orang dari ahli MBAS perempuan. 

Penerima cabutan bertuah lelaki

Penerima cabutan bertuah wanita

Syabas juga kepada pasukan-pasukan MBAS negeri yang lain yang memberi saingan hebat dalam kejohanan futsal kali ini. Menang atau kalah, tewas, gembira, kecewa mahupun gagal, ternyata itulah adat dalam sesebuah pertandingan. 

Sesi bergambar di penutup acara

Apa yang lebih utama adalah pertemuan keluarga besar MBAS pada hari kejohanan. Pada sebelah malam pula, diadakan acara memotong kek sempena ulangtahun MBAS yang ke - 6 di rumah salah seorang admin MBAS KEDAH. Terima kasih tuan rumah yang sempat mengadakan bacaan doa selamat dan makan malam yang cukup enak buat kami semua.
Kek ulangtahun MBAS yang ke-6

Majlis bacaan doa selamat dan makan malam 

Terima kasih semua yang menjayakan FUTSAL MBAS CUP kali ini. Terima kasih juga buat semua para penaja dan penat lelah kalian semua dari awal sehingga kejohanan ini tamat.

 Bagi pihak tuan rumah MBAS KEDAH, memohon jutaan kemaafan atas segala kekurangan sepanjang event tersebut. Didoakan semoga brand "MBAS CUP" ini akan berterusan sampai bila-bila. 

Medal MBAS CUP 2017

Bola sepak akan selalu menyatukan kita semua.

#MBASCUP2017
#29Apr17Kedah 
#ItsTimeGameOn

p/: MBAS.Blogger berharap next edisi MBAS CUP 2018 akan bertandang ke Sabah pula.. boleh tak? :-) Bolehlah berkampung di rumah isteri...