Showing posts with label MBAS Event. Show all posts
Showing posts with label MBAS Event. Show all posts

Tuesday, 12 July 2016

_Program Kasih Ramadhan_

Pada 22 Jun 2016 bersamaan 17 Ramadhan 1437H iaitu pada hari Rabu, MBAS telah mengadakan suatu program yang dinamakan "Program Kasih Ramadhan". 
Program ini diadakan pada hari Nuzul Al-Quran juga bagi mengimarahkan bulan Ramadhan.

Rumah Titian Kaseh (RTK) yang berpusat di Titiwangsa, KL menjadi pilihan MBAS di mana penghuni RTK sememangnya mengenali MBAS dan saban tahun MBAS akan menghantar sumbangan ke sini.

RTK menempatkan hampir 100 lebih orang ahli yang terdiri daripada orang-orang tua, orang kurang upaya, anak-anak yatim dan anak-anak para gelandangan sekitar KL. 

Alhamdulillah..sumbangan terkumpul mencecah 1k selain sumbangan berupa barang-barang keperluan harian dan makanan. Sumbangan ini berjaya dihantar ke RTK pada sebelah petang hari tersebut. 

Terima kasih semua yang bermurah hati memberi bantuan.

Antara sumbangan yang berjaya dikumpulkan- beras, gula, tepung, biskut, toileteries dll

kami sempat bergambar di depan Rumah Titian Kaseh

Mak Pah (berbaju kurung pink) antara orang yang bertanggungjawab menguruskan keperluan penghuni RTK

  
Sesi memberi duit raya

adik-adik beratur untuk mendapatkan duit raya

Bersama penghuni RTK

Program berakhir sekitar jam 6 petang. Alhamdulillah adik-adik RTK semua gembira. Kami pulang dengan senyuman dan berasa lega kerana misi membantu mereka telah berjalan lancar. TERIMA KASIH semua yang hadir dan membantu pada hari tersebut juga yang memberi sumbangan dari jauh dan dekat.

Semoga kita semua mendapat pahala berlipat kali ganda inshaAllah..

Friday, 12 February 2016

. Family Day MBAS LAHAD DATU, SABAH .


Family Day MBAS LAHAD DATU, SABAH.
Tarikh:
Lokasi: Payang Beach Resort, Lahad Datu, Sabah

 dapat berkumpul ramai-ramai macam ni .. syok gitu..

 kemeriahan family day MBAS Lahad Datu

 bergambar bersama banner kesayangan

sempat ber "welfie" bersama tshirt khas keluaran MBAS Lahad Datu

 mafla MBAS pun ada!


 wah! hijau je air. sejuk mata memandang...

Semoga ukhuwwah sebegini akan terus dikekalkan dan ditingkatkan..

Syabas MBAS LAHAD DATU! Tak pernah sunyi dengan aktiviti...
Bola sepak menyatukan kita semua..

#ChelseaTanpaSempadan

p/s: admin teringin nak ke sabah. kalau dpt jodoh org Sabah , ngam juga bha..... hehehe...

Friday, 10 July 2015

^Kejohanan BOWLING MBAS edisi kedua 2015^

What's on your mind?
BOWLING! yeah.. MBAS BOWLING TOURNAMENT 2015!!
 Selayang Mall menjadi saksi kemeriahan KEJOHANAN MBAS BOWLING yg dianjurkan oleh MBAS CENTRAL pada bulan June 2015 yg lepas. Edisi kedua kali ini meriah uolss! 
tq semua atas sokongan yg tak pernah jemu kepada MBAS. 
 Tuan pengerusi MBAS sedang berucap merasmikan kejohanan bowling 
 Medal utk sang JUARA , naib juara dan ketiga

 tak rugi join sebab saguhati pun dapat habuan masing2. 
 eh! siap sijil bagai ni. meletop!!!

 trophy pun dapat. tak bowling lah kan kalau tak dapat trophy macam ni ;-)
 antara gelagat para pemain boling sepanjang kejohanan tersebut.
 Inilah antara FINALIST yg berjaya ke peringkat akhir kategori individu! CHAMPION!!
 gadis2 tumpang selfie!

 Dah berhempas pulas main bowling, sesi penyampain hadiah lah antara acara kemuncak! yelah semua peserta nak HADIAH. hahahha. meriah tak meriah lah kan.. 
yg penting kita ENJOY!!!
TAHNIAH kepada semua pemenang. yg dapat saguhati tu, jgn kecewa. tunggu next edisi. SYABAS MBAS CENTRAL atas penganjuran ini. 

KIPIDAP!! #eh

p/s: admin kalau membowling confirm ke longkang.. ospssss

Sunday, 18 August 2013

MBAS berkampung di SSA sempena Chelsea Asia Tour 2013

21 Julai 2013 menjadi satu sejarah kpd kami,peminat2 Chelsea seluruh MSIA apabila Chelsea datang ke Stadium Shah Alam utk sesi jelajah Asia Tour 2013!

teruja mmg teruja!! jom lah layan aksi2 ahli MBAS sepanjang event ini berlangsung!
yg kat ats ni semasa menyambut ketibaan para pemain CFC di 
Saujana Hotel di Subang!
sempat juga TV3 merakam aksi mereka!

lautan biru membanjiri SSA!
fuhhhh...THIS IS CHELSEA!!

Sepanjang perjalanan menuju je SSA!
penat lelah mmg terasa! wpun berpuasa, 
tetapi tetap semangat nk tengok Chelsea di depan mata!

Banner MBAS di SSA!

Antara salah seorang ahli MBAS bersama poster beliau! #RESPECT!

MBAS di sini! 
kat bawah ni, banner MBAS Sarawak! 


yang ni gambar selepas game tamat!


memandangkan kami semua berpuasa, maka..kami sempat berkampung di sini..berbuka puasa bersama..alhamdulillah..

environment semasa perlawanan berlangsung!

yg ni dari MBAS Perak! sempoi!

yg ni kapten ke?

Ladies In Blue!

geng2 MBAS Perak!

sempat jugak mereka snap picca selepas menunggu ketibaan skuad konvoi (bus & kereta) utk sama2 ke SSA!

MBAS Melaka yg ensem2!

aummmmmmmmm!!!!!

konvoi MBAS!

MBAS Penang tu diaaaaaaaaaa! sempat kidnap Vince utk bergambar!


MBAS Kelantan pun ada!



TERIMA KASIH kpd semua MBAS negeri2 termasuk Sabah & Sarawak
yg terlibat menjayakan event CFC Asia Tour kali ini!
semoga kita berjumpa lagi di CFC Asia Tour akan datang!

#MBAS Power
#Chelsea!!