Showing posts with label MBAS LIVESCREENING. Show all posts
Showing posts with label MBAS LIVESCREENING. Show all posts

Monday, 29 May 2017

Livescreening FINAL FA CUP 27 MAY 2017

Livescreening FINAL FA CUP 2017 di antara Arsenal vs Chelsea merupakan penutup tirai sesi livescreening MBAS pada musim ini. 
Kemenangan tidak berpihak kepada team Chelsea di mana keputusan penuh perlawanan Arsenal 2-1 Chelsea.
TAHNIAH Arsenal kerana memenangi PIALA FA CUP 2017!
Kekalahan bukanlah pematah semangat kami malah menjadi pembakar semangat kami semasa livescreening tersebut.

live dari MBAS CENTRAL

Menerima kunjungan dari ahli MBAS Pahang

kelibat ahli MBAS PERAK juga kelihatan semasa livescreening


meriah sesi livescreening dengan kehadiran gadis-gadis Chelsea

sambil tengok bola sambil lepak santai


MBAS IPOH juga mengadakan livescreening FINAL FA CUP

Dengan berakhirnya sesi livescreening FA CUP ini, maka musim 2016/17 menutup tirainya. Jumpa lagi di musim akan datang dan semoga lebih banyak kemenangan akan dicapai oleh skuad THE BLUES kita. TERIMA KASIH semua peyokong setia MBAS yang tak pernah jemu support kami.

p/s: Admin cukup terharu dengan kesungguhan team The Blues musim ini! Hope musim depan, Chelsea jadi JUARA UCL! Boleh tak? :-)

Wednesday, 30 December 2015

_Penutup LIVESCREENING 2015_

Assalamualaikum semua
followers MBAS yg cool.
cool sebab apa?
jatuh bangun CHELSEA season ni, setakat Dec 2015... korang semua tetap kental kan?
di tangga keberapa CHELSEA berada di LIGA BPL sehingga tarikh ini?
memang agak menyedihkan tetapi semangat cintakan CHELSEA tak pernah luntur di jiwa korang kan?
kita jgn fokus BPL sahaja. di UCL kita masih berpeluang utk JUARA. eh!!
harus yakin ok gais ;-)
so, jangan give up utk sokong CHELSEA!!

Keseronokan dan semangat berlivescreening tetap diteruskan oleh ahli2 MBAS di sebahgaian MBAS negeri di Malaysia.
kiranya livescreening (LS) ini adalah LS penutup utk tahun 2015.

Kolaborasi MBAS LAHAD DATU, SABAH bersama penyokong Man Utd sempena match Man Utd vs Chelsea baru-baru ini.
 menang kalah draw itu semua belakang kira. yang penting, gambar beramai-ramai tetap ada.
 welfie dari geng MBAS LAHAD DATU. 
 Meriah tak meriah . mantap dengan tshirt keluaran MBAS LAHAD DATU.

Live dari MBAS CENTRAL yang masih mengekalkan Restoren Leeyas Corner, Bangsar sebagai port utama LS. Kami tak ramai, tapi kami ada. :-)

MBAS TAWAU & KUNAK juga bergabung utk berlivescreening. Kelibat otai lama MBAS juga ada kat situ... ha.. carilah kalau jumpa;-)

kibarkan mafla MBAS tinggi2 !!!

MBAS MELAKA juga tak pernah jemu dgn LS. Port rasmi baru iaitu di Asmara Lagenda Coffee Dome menjadi saksi di mana berkumpulnya para penyokong CHELSEA di negeri Melaka ini.
Admin memang kagum dengan semangat MBAS MELAKA!


 MBAS Sarawak juga tak kurang hebat. Tetap mengadakan livescreening mereka. 
Teruskan momentum sebegini MBAS SARAWAK!


Sedar tak sedar, LS ini berlangsung jam 1.30 PAGI waktu Malaysia lah kan. pagi2 buta ok. baru lah CHELSEA gitu...
Keputusan penuh perlawanan, Man Utd 0-0 Chelsea. 

Semoga tahun 2016, ada sirna baru buat CHELSEA. 

Semoga momentum kemeriahan LS seperti ini dapat dikekalkan dan ditingkatkan pada masa-masa akan datang.

dah nak new year ni.. any wishes utk MBAS? :p

ok gais..terus support kami di MBAS! 

Fan page  : Malaysian Blue Army Supporters

Instagram : MBAS_OFFICIAL

Twitter : @mbasofficial

group facebook MBAS seluruh negeri2 di Malaysia : 
MalaysianBlueArmySupporters/nama negeri

nak join group WHATSAPP MBAS setiap negeri? sila komen di bawah & tinggalkan no hp korang.. #eh 

see ya next year, 2016!

KEEP ON BLOGWALKING!

#MBASfamilia 

p/s: kalau bole, MBAS.Bloger nk join semua group wasap MBAS tau! boleh takkkkk??? ;-)

Tuesday, 1 December 2015

^LIVE SCREENING TERKINI MBAS NEGERI^

Update live screening dari MBAS sempena perlawanan Spurs vs Chelsea yang berkesudahan seri tanpa jaringan.
Tergugat dengan keadaan Chelsea sekarang?
siapa tak risau kan?
Apa pun sbg penyokong tegar Chelsea, hati kami tetap biru & tetap mengadakan sesi 
live screening spt gambar2 kat bawah ni... 

MBAS PAHANG - sesi futsal selepas live screening di Jengka Sports Center, Pahang
#HogohChelseaHogoh


Live screening MBAS MELAKA di Asmara Dome Coffee. port baru MBASM!

 MBAS PERAK live screening di Restoren Biriyani Manjung. 
Mafla MBAS tu tak pernah lekang dari tangan. Respect bro!
 Pada siangnya, MBAS PERAK sama-sama meraikan pasangan pengantin baru merangkap admin MBAS PERAK saudara Emy & Shasha. Semoga kekal hingga ke hjg nyawa ok geng.

Yang ni pula di MBAS LAHAD DATU. tak pernah putus dengan live screening. keep it up org2 sabah. bole bha klu kamurang !!

Utk semua MBAS seluruh Malaysia
Tingkatkan momentum spt ini!!
Semoga semangat MBASFAMILIA terus utuh & kekal power.. 



Monday, 24 August 2015

^3 mata berharga buat CFC & MBAS^

Hai!
Salam kemenangan yg pertama utk team kesayangan kami!!
keputusan penuh semlm WBA 2-3 CFC!!
Ternyata new signing kami iaItu PEDRO memberi impak maksima terhadap pasukan CFC!!
FIRST GOAL! FIRST ASSIST! kipidap PEDRO!!

POWER CFC POWER!!

Semangat livescreening kami kongsikan utk semua. 
CHECK IT OUT!!
 2 jejaka idaman Malaya ni gagah bergambar bersama mafla kesayangan mereka.
Banner kat ats tu lah menunjukkan lokasi LS kami di CENTRAL which is di Bangsar. 
 Sempena match semalam juga, kami adakan pemberian GIFT kpd yg bertuah di laman rasmi page MBAS. TAHNIAH kpd ketiga2 pemenang di atas. 
sila tuntut hadiah dari kami ya.;-) 
 Gambar livescreening dari MBAS KUNAK di Sabah. 
 Yang ni pula di TAWAU, di NURUL CAFE. 
org2 sabah yang minat football, boleh jak datang tinguk bola sama kami di sini.. 
 Livescreening di MBAS PERAK bertambah meriah dgn celebration birthday cikgu Khalid iaitu admin beso MBAS PERAK! ALLAH selamatkan kamu cikgu Khalid. 
 Sarawak tak kurang hebat!! tetap berlivescreening di lokasi tetap mereka di 
The New Atmosferah Simpang 3, Kuching, Sarawak!
Gambar last ni dari MBAS CENTRAL. Tenang2 saja kami tengok bola. hehe.yg pentng, semangat sukan bolasepak & semangat kekeluargaan kami tetap utuh di mata dunia..ecewahhhh

SALAM KEMENANGAN SEMUA!!
#MBASFAMILIA

p/s: bilalah admin dpt buat nameset PEDRO ni kan...? korang dh buat ke? hehehe

Wednesday, 12 August 2015

^Livescreening pembukaan BPL season 2015/16^

Sedar tak sedar dh masuk season baru Liga Perdana Inggeris kan?
BPL 2015/16!!! wah pastinya lebih meriah.
CHELSEA nak champion lagi!!!

Kejuaraan memang harapan kita semua lebih2 lagi dlm BPL kan..?
Pembukaan awal season kali ini, match pertama CHELSEA vs SWANSEA 
sebagai pemanas badan. eh;p
walaupun draw 2-2, CHELSEA ternyata mampu memberi saingan hebat kpd team lawan. 
Swansea beb! bukan calang2 team. kalau lah korang ingat potential Swansea pada season lepas..memang Swansea mampu bertahan 2-2 menentang Chelsea (jika merujuk kpd perlawanan pertama awal pagi Ahad lepas) . Tambah lagi dengan ketiadaan Petr Cceh yg berpindah ke club arsenal (OMG)!!! krik krik je rasa...
tambah perasa lagi, Kurtuwa plak dikenakan RED CARD.. !! 
(haiah admin dh mcm ajomoto ni ha..main tmbh2 rasa)...
hehehe...
apa pun, CHELSEA cuma DRAW, bukan kalah mcm team itu.. ehhh..
masih terlalu awal utk meneka team manakah yg paling hebat di abad ini.. ecewahhh ! 

Live screening kami di BANGSAR macam biasalah.. permulaan ni kan..hehehe
kat bawah ni admin tapau satu gambar dr lokasi livescreening 
MBAS CENTRAL di RESTOREN LEEYAS CORNER BANGSAR, KL.

Senang je nak cari kami, nampak banner ni, itulah port LIVE SCREENING MBAS CENTRAL
Banner ni pun ada sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan para penyokong CHELSEA tak kira baru atau lama. meh la.. jgn segan2...
 opss.. dari MBAS PERAK pun ada ni. 
sempat jugak diorang bergambar. 
Lokasi livescreening, 
RESTOREN AL MANN ,Ipoh, Perak.
Tahniah semua.!!!

Selamat ber"livescreening". 
Semoga korang semua lebih bersemangat utk ber LS!! KIPIDAP!!!
HATI MESTI BIRU!!

WE ARE MALAYSIAN BLUE ARMY SUPPORTERS!!

#mbasfamilia

p/s: admin kalau anak sorang, boleh lah bawa turun LS, 
ni anak kembar 4 kecik2 lagi weh.. ;-) acaner tuh?

Sunday, 19 April 2015

:KEMERIAHAN MBAS BER "LIVE SCREENING" SEMPENA BPL MATCH : CFC vs MAN UTD:

LIVE dari lokasi livescreening MBAS negeri masing2 sepanjang perlawanan BARCLAYS PREMIER LEAGUE (BPL) - CFC vs MAN UTD yang berkesudahan CFC 1-0 MAN UTD. Satu-satunya gol dari EDEN HAZARD terus menambah keghairahan ahli-ahli MBAS semasa live screening. 

JOM TERJAHHHHHHHHHHHH LOKASI RAKAN-RAKAN MBAS BER LIVE SCREENING!!!

MBAS CENTRAL (KL/SELANGOR/LEMBAH KLANG)
- RESTOREN LEEYAS CORNER, BANGSAR, KL 

eh! Mafla MBAS!!
 MBAS CENTRAL berkolaborasi bersama BMU-kl! (Buletin Man Utd)

 hah! sampai berasap berapi Leeyas Corner ..skuad CHANTING MBAS!
picture ni masa last game! MENANG! #RESPECT!! 

MBAS MELAKA 
- RESTOREN MAJU ENTERPRISE @ DAWOOD BRIDGE, HANG TUAH MALL
 best!!!
 MBAS MELAKA berkolaborasi bersama MUWC Melaka
 SALAM 1-0 tanda persahabatan ;-)

MBAS PERAK :-
IPOH - D'POLO CAFE, IPOH
LS bersama MU fans.. 


MBAS PERAK -MANJUNG 
- RESTOREN BIRIYANI AL IKHSAN, MANJUNG
 kolaborasi bersama MMUFC !! 

 WELFIE!!!!!


MBAS PERAK - KUALA KANGSAR
RESTOREN AFN, KUALA KANGSAR


MBAS SABAH turut berkolaborasi bersama BMU (Buletin Manchested Utd) di Restoren Kelombong Curry House, Likas, Sabah

CHELSEA TAWAU SUPPORTERS (bernaung di bawah MBAS SABAH)
 kelihatan abam otai MBAS di sini . ehhehehe. respect!


MBAS SARAWAK - 
The New Atmosferah, Kuching


MBAS KELANTAN
-lokasi live screening Kedai Piya 16, Jalan Berek 12, Kota Bharu

eh eh macam kenal??
ini lah IMAM MUDA NAJDI
sempat luangkan masa tengok bola bersama MBAS di LEEYAS CORNER, BANGSAR!


MBAS Blogger mewakili semua keluarga besar MBAS mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua yg menjayakan live screening dari lokasi LS masing2. Juga terima kasih byk2 kepada para penyokong Man Utd yg sgt sporting berkolabrasi bersama kami.

MENANG KALAH itu adat dlm bola sepak. Bola sepak itulah yg menyatukan kita semua.

TERIMA KASIH SEMUA! SALAM 1-0 !!

#mbasfamilia
#mbaspower
#ChelseaTillWeDie