Thursday 28 April 2016

^Ucapan Sempena Anniversary MBAS yg ke-5^

Kegembiraan selama 5 tahun ini sememangnya wajar kita kongsi bersama. Hari ni, mbas blogger nak kongsikan ucapan-ucapan dari laman sosial MBAS sbg tanda sokongan terhadap perjalanan MBAS selama ini. 

Ucapan ini juga sempena 5 tahun ulangtahun Malaysian Blue Army Supporters!
Jom intai apa lah agaknya ucapan-ucapan menarik mereka.


 dari laman instagram MBAS! ucapan slmt ulgtahun ni dari saudari Eyka yg cantik!

 dari laman twitter juga , followers MBAS di sana tak ketinggalan membuat ucapan. followers setia, saudara Amir, Alex & Hykal.

 Fan page MBAS juga siap siaga dengan ucapan panjang ni ha. awal2 pagi 27 APR 2016  lagi dah mengarang! 


 dari moment wechat juga ahli-ahli mbas berlumba-lumba dengan ucapan masing-masing khas utk mbas sempena hari bersejarah ini. 

 Reen antara followers setia di laman twitter MBAS! 
tengok tweet "abg Garam". walaupun bukan ahli group, tetap make a wish. #respect
tq juga saudara Mujtahid. tetap support MBAS katanya!

aizad syamim, si picisan & eiyka memang antara followers kami yg glemer kat twitter! tanpa sokongan mereka, siapalah kami. cewwwwaaaahhh!


 Twitter MBAS juga menerima ucapan dari Kelab Penyokong CFC Indonesia - Lampung. 
tq geng! kita bersaudara! tq juga utk CISC Kuningan atas ucapan kalian.


sambil2 Mbas Blogger jeling susur masa kat twitter, nampk tweet ni, ingat BAE mana lah kan? BAE tu MBAS rupanya ;-)

Group whatsapp MBAS juga meriah dgn ucapan anniversary ke 5 ini. yg admin sempat screen short ni dari group whatsapp admin MBAS. 
mudah saja! copy & paste! hahaha! eh! yang penting niat kita ikhlas yedok? :-) 


dari laman instagram follower MBASOFFICIAL_CHELSEA ! siapa kenal gadis-gadis dlm gambar di atas? Happy birthday family to refer pada MBAS lah kan.. 
#ForeverNeverDie 

Di bawah ni pula dari laman facebook. Rata-rata berlumba-lumba nak buat ucapan mereka pada hari ulangtahun MBAS ni di group facebook MBAS CENTRAL.

Agak-agak ada tak wishes korang dalam ni? jom ushaaaaa.....


saudara Rafi antara orang lama dlm MBAS, menyatakan kerinduan beliau terhadap MBAS. Seingat MBAS Blogger, masa kenal dia ni, belum kahwin lagi. sekarang? dah anak 2 kot ;p 

Halim - 1st time join MBAS masa boling tournament. kitorg mmg best Halim! hahaha


Encik gabot sempat kongsikan video paling RARE dlm sejarah MBAS di mana admin Tomey masuk tv ;-)
utk saudara Ikki- maaf lah admin tak termampu nak approve hampir beratus-ratus request fb setiap hari dalam group tu . hehe

Tuan tanah MBAS - saudara Ellmy, juga ada menyatakan sepatah dua kata. menceritakan bagaimana MBAS bermula. 

petikan dari Karma Kirin

tweepemes saudari Eiyka pun ada. eh budak kecik ni kat mana-mana laman sosial MBAS dia ada tau! terbaik ko dik!
tq juga Along dr MBAS Perak & LIB!

Saudari kat atas ni bergambar bersama mafla mbas. YES! Kita semua KELUARGA CHELSEA!!

Faris 5 bulan sangat.. hahahaha
thanks juga Fakrullah..tepuk lencana di dada katanya! 

Hykal - dah tukar DP facebook dia tu sempena anniversary MBAS. tq jugak saudara Far East. muncul2 kan diri anda ye lepas ni ..;p

encik Syahril - ahli yg mencadangkan nama MBAS lima tahun yg lepas

muka-muka lama di MBAS

warga MBAS PENANG juga taknak ketinggalan. proud to be a part of MBAS kata mereka.

siapa tak kenal? saudari Tomey. bersama-sama ahli2 terawal MBAS , sempat mendendangkan lagu MBAS. abg gitar tu nama dia Hazril ok geng ;p
gelihati tgk video ni.. korang kena hayati sebab lirik lagu ni mmg menusuk kalbu. ;p

ucapan penuh bermakna dari MANAGER MBAS FC!- Hidayat. mengharapkan agar lebih ramai kaki bola turun futsal. 
kaki-kaki futsal, sila2 lah rajinkan diri ye. ;p


Afifi - antara individu penting yang menggerakkan Clash of Clans di MBAS. ramai juga pencinta Chelsea yg semakin dekat dgn MBAS hasil dari kewujudan group MBAS CFC di COC. Cinta COC pun ada hoccay ! ;p

ucapan paling hensem dari saudara Zahari

Encik gabot yang tak jemu bersama MBAS

bro Alam Shah menyatakan keterujaan memiliki MAFLA MBAS

antara admin di alam maya yang paling konsisten.. saudara Khairel menyatakan pengalaman semasa pertama kali menjejakkan kaki ke Leeyas Corner utk livescreening

Ucapan dari Laila, Alam Shah & saudara Eddie. Eddie merupakan penyokong tegar Liverpool, tetapi tetap menyokong penuh perjalanan MBAS. #salute

si Amran ni sampai tak terkata dah ha ;p

ala Amri- rilex lah.. korang aktif ke tak, yg penting time2 anniversary ni ko dah muncul dik!
player futsal MBAS FC - Acap beng juga sempat bergambar bersama MAFLA MBAS di Krabi uolss!

  
Napie- antara nama-nama yg terawal bersama MBAS. Gambar diambil selepas selesai meeting pertama MBAS! gambar ni paling win!

semut hitam di tengah hutan amazon?? apakah ?? si Mixul ni kadang2 tak berapa fhm jugak dgn ayat dia, tapi ok la. hahaha. tq sebab follow MBAS sejak MBAS tak ditubuhkan lagi. #eh

MBAS bukan saja menjadi kebanggaan mak bapak tetapi anak-anak kecil juga. Siap request lagi nk bergambar dgn mafla MBAS! terbaik Khalis yg comel !

Kapten kapal ni ha.. block tailong??? sempat melawak!

dari laman facebook MBAS MELAKA, ucapan dari admin Ayie Anuar!

And the last one, antara gambar yg menarik minat Mbas Blogger! di tengah-tengah lautan merah, masih nampak yang berwarna biru tu!

Seronok baca ucapan-ucapan dari korang semua ! sampai nak ngalir ayaq mata haiahh...terima kasih semua. Mbas Blogger tak sempat nak screen short semua wishes. penuh post ni nanti ! hahaha! mana yg sempat, mbas blogger ss aje. ;-)

Mana tau nanti lagi 10 tahun korang nak cari ucapan yang sama, boleh check kat sini je kan? sengaja mbas blogger ss utk jadikan kenangan sepanjang zaman dalam MBAS. 

Sebenarnya, banyak lagi yg MBAS perlu perbaiki walaupun dah 5 tahun berada di arena ini. Yang baru yang lama, yg silent reader yg jadi haters pun ada. Siapa pun korang, kita tetap punya jiwa yang sama, tetap mengibar bendera yg sama atas nama CHELSEA!! 
Dan inilah keluarga besar korang which is MBASFAMILIA. 

Ia tidak ada di mana-mana tetapi hanya ada di sini.
kalau bukan korang yang support kami, siapa lagi? ;-)

InshaAllah..
Kita sama-sama doakan perjalanan MBAS agar lebih maju ke hadapan di masa-masa akan datang. setiap dugaan yg datang kita hadap je! Redah kasi pecah! #eh

TERIMA KASIH CHELSEA FC TEMUKAN KAMI SEMUA!!

HAPPY 5TH ANNIVERSARY MALAYSIAN BLUE ARMY SUPPORTERS!!





No comments:

Post a Comment