Tuesday 12 July 2016

_Program Kasih Ramadhan_

Pada 22 Jun 2016 bersamaan 17 Ramadhan 1437H iaitu pada hari Rabu, MBAS telah mengadakan suatu program yang dinamakan "Program Kasih Ramadhan". 
Program ini diadakan pada hari Nuzul Al-Quran juga bagi mengimarahkan bulan Ramadhan.

Rumah Titian Kaseh (RTK) yang berpusat di Titiwangsa, KL menjadi pilihan MBAS di mana penghuni RTK sememangnya mengenali MBAS dan saban tahun MBAS akan menghantar sumbangan ke sini.

RTK menempatkan hampir 100 lebih orang ahli yang terdiri daripada orang-orang tua, orang kurang upaya, anak-anak yatim dan anak-anak para gelandangan sekitar KL. 

Alhamdulillah..sumbangan terkumpul mencecah 1k selain sumbangan berupa barang-barang keperluan harian dan makanan. Sumbangan ini berjaya dihantar ke RTK pada sebelah petang hari tersebut. 

Terima kasih semua yang bermurah hati memberi bantuan.

Antara sumbangan yang berjaya dikumpulkan- beras, gula, tepung, biskut, toileteries dll

kami sempat bergambar di depan Rumah Titian Kaseh

Mak Pah (berbaju kurung pink) antara orang yang bertanggungjawab menguruskan keperluan penghuni RTK

  
Sesi memberi duit raya

adik-adik beratur untuk mendapatkan duit raya

Bersama penghuni RTK

Program berakhir sekitar jam 6 petang. Alhamdulillah adik-adik RTK semua gembira. Kami pulang dengan senyuman dan berasa lega kerana misi membantu mereka telah berjalan lancar. TERIMA KASIH semua yang hadir dan membantu pada hari tersebut juga yang memberi sumbangan dari jauh dan dekat.

Semoga kita semua mendapat pahala berlipat kali ganda inshaAllah..

No comments:

Post a Comment