Wednesday 30 December 2015

_Penutup LIVESCREENING 2015_

Assalamualaikum semua
followers MBAS yg cool.
cool sebab apa?
jatuh bangun CHELSEA season ni, setakat Dec 2015... korang semua tetap kental kan?
di tangga keberapa CHELSEA berada di LIGA BPL sehingga tarikh ini?
memang agak menyedihkan tetapi semangat cintakan CHELSEA tak pernah luntur di jiwa korang kan?
kita jgn fokus BPL sahaja. di UCL kita masih berpeluang utk JUARA. eh!!
harus yakin ok gais ;-)
so, jangan give up utk sokong CHELSEA!!

Keseronokan dan semangat berlivescreening tetap diteruskan oleh ahli2 MBAS di sebahgaian MBAS negeri di Malaysia.
kiranya livescreening (LS) ini adalah LS penutup utk tahun 2015.

Kolaborasi MBAS LAHAD DATU, SABAH bersama penyokong Man Utd sempena match Man Utd vs Chelsea baru-baru ini.
 menang kalah draw itu semua belakang kira. yang penting, gambar beramai-ramai tetap ada.
 welfie dari geng MBAS LAHAD DATU. 
 Meriah tak meriah . mantap dengan tshirt keluaran MBAS LAHAD DATU.

Live dari MBAS CENTRAL yang masih mengekalkan Restoren Leeyas Corner, Bangsar sebagai port utama LS. Kami tak ramai, tapi kami ada. :-)

MBAS TAWAU & KUNAK juga bergabung utk berlivescreening. Kelibat otai lama MBAS juga ada kat situ... ha.. carilah kalau jumpa;-)

kibarkan mafla MBAS tinggi2 !!!

MBAS MELAKA juga tak pernah jemu dgn LS. Port rasmi baru iaitu di Asmara Lagenda Coffee Dome menjadi saksi di mana berkumpulnya para penyokong CHELSEA di negeri Melaka ini.
Admin memang kagum dengan semangat MBAS MELAKA!


 MBAS Sarawak juga tak kurang hebat. Tetap mengadakan livescreening mereka. 
Teruskan momentum sebegini MBAS SARAWAK!


Sedar tak sedar, LS ini berlangsung jam 1.30 PAGI waktu Malaysia lah kan. pagi2 buta ok. baru lah CHELSEA gitu...
Keputusan penuh perlawanan, Man Utd 0-0 Chelsea. 

Semoga tahun 2016, ada sirna baru buat CHELSEA. 

Semoga momentum kemeriahan LS seperti ini dapat dikekalkan dan ditingkatkan pada masa-masa akan datang.

dah nak new year ni.. any wishes utk MBAS? :p

ok gais..terus support kami di MBAS! 

Fan page  : Malaysian Blue Army Supporters

Instagram : MBAS_OFFICIAL

Twitter : @mbasofficial

group facebook MBAS seluruh negeri2 di Malaysia : 
MalaysianBlueArmySupporters/nama negeri

nak join group WHATSAPP MBAS setiap negeri? sila komen di bawah & tinggalkan no hp korang.. #eh 

see ya next year, 2016!

KEEP ON BLOGWALKING!

#MBASfamilia 

p/s: kalau bole, MBAS.Bloger nk join semua group wasap MBAS tau! boleh takkkkk??? ;-)

3 comments: