Friday 25 January 2013

::MBASCar Club::

MBASCar Club..sila terjah link di atas utk maklumat lanjut..
MBAS telah mengorak langkah lagi ke hadapan dengan penubuhan MBAS Car Club yang mana ianya dikhaskan kepada ahli2 Malaysian Blue Army Supporters yang mempunyai kenderaan untuk bersama2 mengadakan aktiviti seperti beriadah, berkonvoi, bersukan, dan sebagainya.

Penubuhan MBAS Car Club ini juga seiring dengan kejayaan MBAS yang berjaya menghimpunkan kesemua 13 cawangan di seluruh negara menjadi satu naungan Malaysian Blue Army Supporters.


Ini bukan omongan kosong belaka tapi kita bersama2 menaikkan nama MBAS bukan setakat hanya dikenali sebagai satu group peminat bolasepak kelab CHELSEA tetapi ianya meliputi keseluruhan aspek yang mana kita mengekalkan sifat kekeluargaan sesama ahli kita.


Group Konvoi sempena event The Biggest Livescreening MBAS UEFA Champions League Bayern Munich vs Chelsea pada musim lepas menjadi saksi yang mana sebanyak 55 buah kereta telah bersama2 berkonvoi dari Taman Tasik Titiwangsa ke Leeyas Bridge, Bangsar. Ianya menjadi impak yang terlalu besar bagi ahli2 group MBAS kerana group konvoi ini mencatat sejarah tersendiri menghimpunkan kereta2 ahli MBAS dalam waktu yang begitu singkat.



ALL DA BEST MBS CAR CLUB!!!



No comments:

Post a Comment