Tuesday 28 March 2017

_KEJOHANAN FUTSAL MBAS CUP 2017 EDISI KE-5_

MBAS CUP kembali lagi!!!

Memasuki edisi yang kelima, kejohanan futsal terulung di MBAS kali ini kami bawakan ke bumi jelapang padi KEDAH DARUL AMAN.
Tarikh rasmi kejohanan adalah pada 29 APRIL 2017 bersamaan hari Sabtu bertempat di Amanjaya Sport Arena, Sungai Petani, Kedah. 
Kejohanan futsal ini bakal melibatkan penyertaan daripada seluruh MBAS negeri-negeri di Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.. inshaAllah..

Inilah dia poster rasmi kejohanan yang membawa tema It's Time, Game On!!!


Sehubungan dengan itu, pihak kami menyeru anda semua tentera biru para penykong CHELSEA termasuklah pemain, penyokong dan seluruh ahli keluarga MBAS untuk sama-sama turun padang menjayakan kejohanan ini.

Negeri manakah yang akan merangkul takhta JUARA MBAS CUP 2017? 
Sama-sama kita nantikan. 

Buat masa ini, tuan rumah iaitu MBAS KEDAH sedang melakukan persiapan sehabis baik bagi menjayakan kejohanan ini. 

Semoga perancangan ini akan berjaya. Jumpa kalian di sana! 
kita BIRUkan Amanjaya Sport Arena!! 


#MBASCup2017
#29Apr17kedah
#MBASfamilia
#CFC

p/: mbas blogger berharap dpt jumpa jodoh kat sana nanti.. amin.. :-)




No comments:

Post a Comment