Monday 15 May 2017

^KEJOHANAN FUTSAL MBAS CUP EDISI KE-5, 2017^

Pada 29 April 2017 bersamaan hari Sabtu yang lepas, Kejohanan Futsal MBAS CUP telah diadakan dengan jayanya di Amanjaya Sports Arena, Sungai Petani, Kedah dengan tema "Its Time, Game On!!".  
MBAS CUP yang memasuki edisi ke -5 ini mendapat penyertaaan daripada kebanyakan MBAS negeri-negeri di Semenanjung. Sebanyak 16 pasukan telah mengesahkan penyertaan.

Kejohanan bermula pada jam 1.30 petang di mana undian dilakukan sebelum kick-off. 

Acara dimulakan dengan pendaftaran pasukan yang hadir dan cabutan bertuah. 

Sesi pendaftaran pasukan dan cabutan bertuah

Sesi agihan tshirt rasmi MBAS CUP 2017 juga diadakan pada masa yang sama. Tshirt rasmi kali ini berwarna hijau sesuai dengan warna kebanggaan negeri Kedah.

kaunter agihan tshirt

Agihan makanan untuk pasukan dan para penyokong juga diadakan sebelum kick-off bermula.
Pack makanan untuk penyokong dan pasukan

Kejohanan ini berlangsung dengan lancar di mana mendapat sambutan penuh daripada semua ahli-ahli MBAS seluruh negeri. Ada yang membawa keluarga dan anak-anak kecil untuk sama-sama merasakan kemeriahan kejohanan terulung ini. Maklumlah, kejohanan ini hanya setahun sekali. 

Sokongan daripada para Chelsea Ladies yang kami gelarkan sebagai Ladies In Blue juga sememangnya menambah ceria kejohanan ini.

MBAS Central 


MBAS Terengganu berjersey merah

Pasukan tuan rumah - MBAS Kedah yang menghantar 3 pasukan untuk MBAS CUP 2017

2 pasukan dari MBAS Kelantan 

MBAS Pahang yang dipimpin oleh saudara Alex

Meraikan saat-saat kemenangan MBAS Perak

MBAS Melaka segak bergaya

Alhamdulillah, kejohanan berakhir sekitar jam 6 petang. 

Tahniah kepada pasukan MBAS PERAK B yang menjadi JUARA MBAS CUP 2017, diikuti MBAS PAHANG B sebagai naib juara dan MBAS KELANTAN B yang merebut tempat ketiga. MBAS MELAKA B pula ternyata memberi saingan cukup hebat degan merangkul tempat keempat sementara Amierul dari MBAS MELAKA menerima anugerah PEMAIN TERBAIK MBAS CUP 2017.

TEMPAT KETIGA: MBAS KELANTAN B

JUARA MBAS CUP 2017 = MBAS PERAK B

NAIB JUARA=MBAS PAHANG B

Mukhlis dari MBAS PERAK B selaku goalkeeper terbaik

Penghargaan untuk para penyokong juga sempat diselitkan semasa penyampaian hadiah di mana 11 orang warga MBAS menerima cabutan bertuah iaitu 5 orang dari ahli MBAS lelaki dan 6 orang dari ahli MBAS perempuan. 

Penerima cabutan bertuah lelaki

Penerima cabutan bertuah wanita

Syabas juga kepada pasukan-pasukan MBAS negeri yang lain yang memberi saingan hebat dalam kejohanan futsal kali ini. Menang atau kalah, tewas, gembira, kecewa mahupun gagal, ternyata itulah adat dalam sesebuah pertandingan. 

Sesi bergambar di penutup acara

Apa yang lebih utama adalah pertemuan keluarga besar MBAS pada hari kejohanan. Pada sebelah malam pula, diadakan acara memotong kek sempena ulangtahun MBAS yang ke - 6 di rumah salah seorang admin MBAS KEDAH. Terima kasih tuan rumah yang sempat mengadakan bacaan doa selamat dan makan malam yang cukup enak buat kami semua.
Kek ulangtahun MBAS yang ke-6

Majlis bacaan doa selamat dan makan malam 

Terima kasih semua yang menjayakan FUTSAL MBAS CUP kali ini. Terima kasih juga buat semua para penaja dan penat lelah kalian semua dari awal sehingga kejohanan ini tamat.

 Bagi pihak tuan rumah MBAS KEDAH, memohon jutaan kemaafan atas segala kekurangan sepanjang event tersebut. Didoakan semoga brand "MBAS CUP" ini akan berterusan sampai bila-bila. 

Medal MBAS CUP 2017

Bola sepak akan selalu menyatukan kita semua.

#MBASCUP2017
#29Apr17Kedah 
#ItsTimeGameOn

p/: MBAS.Blogger berharap next edisi MBAS CUP 2018 akan bertandang ke Sabah pula.. boleh tak? :-) Bolehlah berkampung di rumah isteri... 

2 comments:

  1. Buat yang suka main Bola, Baccarat, Roulette, Sicbo, Togel Online, Sabung Ayam. Minimal Deposit dan Withdraw 50 ribu. Proses deposit dan withdraw super cepat.

    Untuk Info Lebih Lanjut Melakukan Register Dengan Super Cepat Dan Tentunya Memuaskan bisa lihat dibawah ini. (Terima Kasih).
    • PIN BB : 2B6802A4 / D8CE2524
    • LINE ID : texasbola
    • FACEBOOK : Texasbola
    • Whats Up : +6282275282558 / +6285361221912
    • Instagram : texasbola_303

    buruan daftarkan diri anda segera dan ajak temanmu bergabung bersama kami!! Dapatkan pendapatan SPEKTAKULER Setiap Minggu nya dari http://texasbola.com/daftar/

    ReplyDelete